Part 7 - Setibanya di pejabat dia sendiri, dia mula menyandarkan dirinya di kerusi lembut itu. Sungguh badannya terasa selesa. Tiba-tiba ada panggilan dari telefon. Nurul Ayesha segera menjawab panggilan tersebut.
" Hello Cik Nurul Ayesha." suara Encik Harith menyebut namanya.
" Ya, Encik Harith. Ada apa ? "
" Tuan Afzal suruh Cik Nurul Ayesha datang ke pejabatnya dengan segera." hati Nurul Ayesha mulai tidak tenang.
Dia segera menuju ke pejabat Afzal. Diketuknya pintu bilik Afzal. Dengar suara Afzal memanggilnya untuk masuk. Dengan perasaan yang berdebar bagaikan nak jatuh jantungnya, dia melangkah masuk dengan berhati-hati. Dia menarik nafas yang panjang lalu dihembus perlahan-lahan.
" Duduklah. " pelawa Afzal. Riak mukanya sentiasa serius.
" Ada apa tuan panggil saya ke mari ? " tanya Nurul Ayesha. Afzal diam seketika. Nurul Ayesha mula cemas. ' Memang sah ada sesuatu yang tak kena ni. ' fikir Nurul Ayesha.
" Saya nak Cik Nurul semak semula kertas ini. Pastikan tiada kesalahan atau ketinggalan. Ingat, minggu depan hari pembentangan. Jangan sia-siakan usaha Cik Nurul itu. " dia berhenti seketika sebelum menyambung ayatnya. " Ingat, kita perlu mendapat RM 1 000,000 dari Riana Cosmetic. Itu adalah nilai yang besar bagi kita semua. " itulah ayat-ayat yang paling mengerunkan bagi Nurul Ayesha. Dia tak suka dengar ayat itu.
" I think you must be ready for presentation day. Do not be afraid or nervous. Remember that the self can be! I know you can do a good job. " terubat hati Nurul Ayesha mendengar ucapan itu dari mulut Afzal sendiri. Nurul Ayesha hanya mengangguk tanda memahami apa yang Afzal katakan.
" Okey. Jika tiada soalan , Cik Nurul boleh pergi sekarang. " Nurul Ayesha bingkas bangun lalu keluar dari bilik Afzal.
Dia terkejut bila melihat beberapa rakan sepejabatnya, Harith, Ariff, Amirah dan Francis Chong Lai. Mereka berempat juga terkejut bila melihat Nurul Ayesha keluar dari bilik tersebut.
" Errr .. amacam ? Apa yang bos kata pada Cik Nurul ? " tanya Francis Chong Lai yang berbangsa Cina itu. Nurul Ayesha mengerdipkan mata padanya.
" Selamat.. ! " ucap Nurul Ayesha dengan riang. Yang lain turut gembira. Kegembiraan itu berubah sepintas kilat. Nurul Ayesha yang perasaan akan hal itu bertanya " Kenapa ? " Yang lain main-main mata menunjuk ke arah belakangnya.
Nurul Ayesha segera pusing ke belakang. Berderau darahnya. " Oh Mak ! " Nurul Ayesha melatah lalu menekup mulutnya. Terkejut bila melihat susuk tubuh Afzal. " Kenapa berkumpul di sini ? Cepat buat kerja masing-masing. " mendengar suara Afzal memberi arahan pada mereka , semua terus mengambil haluan jalan masing-masing.
" Cik Nurul ! " panggil Afzal. Jarak antara mereka belum jauh lagi. Segera Nurul Ayesha berpaling ke belakang. " Masuk sekejap. " sekali lagi Nurul Ayesha kena berdepan dengan majikannya.
Nurul Ayesha terus duduk setelah dipelawa oleh Afzal. " Ada apa tuan panggil saya ? " tanya Nurul Ayesha. Hairan. Pelbagai ayat yang sedang berlegar di kepalanya.
" Saya tak nak awak ulangi perbuatan sebentar tadi. " kata Afzal sambil bertentang mata dengannya. ' Cantik. ' Itulah yang terluah di hati Afzal. Nurul Ayesha tak faham dengan apa yang Afzal katakan sebentar tadi.
" Apa pulak yang saya dah buat ? "
" Pura-pura tak tahu ke ? "
" Hisshh ! Tuan ni, tak payahlah putar-belitkan cerita. Cakaplah apa yang saya dah buat ? "
Afzal rasa dirinya tercabar dengan perangai Nurul Ayesha. Tak pernah dia jumpa pekerja seperti Nurul Ayesha yang berani menjawabnya.
" Jangan pura-pura tak tahu. Jangan berlagak sangat sebab awak tu anak Tan Sri. "
" Siapa berlagak siapa ? Saya tak tahu apa yang tuan maksudkan. Sekarang ni tuan nak serang saya ke, hah ? "
" Apa ? " kata Afzal sambil memukul mejanya membuatkan Nurul Ayesha tersentak. " Siapa yang tuan kat syarikat ni , hah ? " Nurul Ayesha terkesima. " Memang sahlah awak ni berlagak sangatkan ? Mentang-mentang anak Tan Sri. Apa yang awak nak semuanya dah ada depan mata awak. " sambung Afzal lagi. Tapi dengan nada yang kasar.
" Sewenang-wenangnya tuan kata begitu. Tuan pun apa kurangnya sebagai anak Dato' ? Apa yang tuan mahukan semuanya ada dalam sekelip mata. Saya tahulah tuan ni tinggi pangkat dalam syarikat ni. Sepatutnya tuan ... " Afzal memotong ayatnya.
" Berani awak lawan saya ?! " bentak Afzal. " Sekarang awak keluar ! " Afzal meninggikan suaranya. Nurul Ayesha terkejut. Tanpa melengahkan masa, dia terus keluar.
" Asal tuan tahu, saya tidaklah seperti yang tuan fikirkan " kata Nurul Ayesha sebelum keluar dari bilik tersebut.
" Dia ni betul-betul buat aku rasa tercabar sebagai orang besar di syarikat ni ! " Afzal mendengus dengan kasar. Kemudian dia memalingkan mukanya ke arah tingkap. Dapat dilihat semua bangunan dan kereta yang lalu lalang di jalan raya.
" Perempuan memang mata duitan. Lepas tu berlagak sangat. " tambah Afzal meluahkan rasa geram yang teramat sangat. Afzal terus duduk dan menyandar pada kerusinya. Dia memejamkan matanya untuk sementara waktu bagi menenangkan fikirannya.
NURUL AYESHA termenung sejenaknya. Serba salah jadinya. " Nurul Ayesha Aziza !! Apalah yang telah kau buat pada majikan kau sendiri ? " marahnya sendiri. Malu mula menyelinap dirinya.
' Sepatutnya aku tak menjawab sepatahpun. Tapi apa boleh buat kalau dah terlepas. Lepas tu kata yang bukan-bukan. Senang sangat mulut dia itu. Dia anak Dato' pun apa juga kurangnya. ' fikirnya.
Kini otaknya kosong. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Disangkanya Afzal yang mengetuk, tetapi Amirah yang masuk. Dia menghembus nafas kecewa.
" Hei Nurul, aku dengar kau bertekak dengan bos ke ? Hebatlah kau, Asha. Tak pernah aku jumpa pekerja yang berani melawan kata tuan Afzal tu. " penerangan dari Amirah cukup memeritkan hatinya. Cepat sangat akhbar tersebar. Kalau macam ni, malulah Nurul Ayesha nak berdepan dengan staf-staf yang lain. Apa pulak pandangan mereka ?
Perasaannya mulai tidak tenang. Hatinya berombak kencang bagai air laut menghempas hatinya. Mungkin ini firts time Afzal melihat pekerja sepertinya sudah mula pandai menjawab. ' Bodohnya diriku. ' Bagaimana dia nak berdepan dengan Afzal lepas ni.
" Hello. Ada orang ke tak da ni ? " Nurul Ayesha terkejut.
" Aaaaa .. apa yang Mira cakap tadi ? Maaflah .. "
" Laaa .. mengelamunlah ni ? Mira tahu, tentu Asha fikir tentang pertelingkaran dengan bos,kan ? " pertanyaan Amirah dibiarkan tanpa sepatah jawapan. Dia mengeluh berat.
" Dahlah, Asha. Jangan dikirakan sangat. Nanti-nanti redalah kemarahan tu. Beruntunglah bila punya majikan seperti tuan Afzal tu. Kau tak kena pecat pun. Kalau dengan bos lain, dah tentu Mira tak sempat jumpa batang hidung Asha. " kata Amirah ada benarnya. Afzal langsung tak memecatnya. Mungkin Afzal memberi peluang pada dia.
" Haih .. percuma Mira bebel kat depan kalau tiada reaksi. Mira keluar dululah. Tak fasal-fasal Mira sekali kena tumpang larva yang keluar dari gunung berapi. " kata Amirah sebelum pergi meninggalkan biliknya. Langsung tiada reaksi. Hampa.
Sebelum Amirah memulas tombol pintu biliknya, Nurul Ayesha sudah memanggil namanya. " Mira ! Malam nanti kita keluar makan,nak ? " pujuk Nurul Ayesha untuk menyakat kembali hati rakannya yang telah terabai dek kerana memikirkan hal yang tidak sepatutnya.
" Maaflah, Asha. Bukan Mira tak nak, tapi ... Mira dah janji dengan Irwan nak keluar nanti.. lain kalilah kita keluar sama-sama, ya ?. " Hampa. Fikir Nurul Ayesha yang Amirah akan bersetuju, tapi semua sangkaannya meleset. Nurul Ayesha hanya mengangguk kepala sahaja.
Nurul Ayesha menyambung kembali lamunannya. Dia fikir sejenaknya. Apa yang telah dia buat ? Apa pulak pandangan Afzal tentangnya ? Fuuhh ! Susahnya. Itulah fikir Nurul Ayesha.
Qta berbagi karya.. join in my blog http://auliya06.blogspot.com/
ReplyDelete