Part 3 -
NURUL AYESHA AZIZA menuruni anak tangga dengan pantas. Dari situ dia dapat lihat mummy dan daddynya sedang minum kopi di ruang tamu yang besar itu.
"Hai mummy, daddy . "ucap Nurul Ayesha. Tan Sri Muzzafar dan Datin Atiqah mencium pipi Nurul Ayesha.
"Anak manja ni.. tak habis-habis nak kena cium. Cium abang tak ada ke ?" usik abang keduanya, Nizalrizman yang baru keluar dari biliknya bersama dengan abang sulungnya Nizaluqman.
Nizalrizman sedang bekerja di syarikat abang sulung. Nizaluqman pulak sedang memegang jawatan sebagai pengurus syarikat CEO Damai Centra Sdn. Bhd. Syarikat abang Nizaluqman memang berjaya, tapi tidak berjaya mengalahkan syarikat dimana Nurul Ayesha sendiri menghantar resume untuk bekerja disana.
Entahlah samaada dia diterima atau tidak. Jika dia tak diterima, dia akan mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat milik ayahnya sendiri. Itu hanyalah persiapan jika dia tidak diterima. Fuuuhh ! Keluh Nurul Ayesha Aziza.
"Manalah dia nak cium awak tu,kalau dengan saya baru dia nak."usik Nizaluqman. Mereka ketawa berdekah-dekah.
"Hah ! Ketawalah puas-puas, awaslah nanti !" kaa Nurul Ayesha dengan tegas membuatkan mereka bertambah bising dengan bunyi ketawa.
"Alaa adik abang yang manja, ingatkan tak pandai marah. Ala-ala mucuk abang ni. " lantas Nizaluqman menarik adik kesayangannya itu dirangkulnya. Tercurah segala kasih sayang abang kepada adik.
Nurul Amirah Ain, anak ketiga dari 5 orang adik beradik kini sedang mengikuti suaminya,Muhd Zakaria di Kelantan. Nurul Asyikin Arina pulak anak keempat dan sedang mengurus perniagaan sendiri di Sarawak, dimana mummy dan daddynya lahir. Nurul Ayesha rindu dengan pemandangan yang indah di Sarawak.
"Mummy...bila kita nak pergi Sarawak ? Asha nak jumpa dengan nenek dan datuk. Rindulah..." rungut Nurul Ayesha yang lebih suka dipanggil sebagai Asha. Nama timbangan yang digelar oleh Nizaluqman.
Mummy dan daddynya berbalas pandangan manakala kedua-dua abangnya tiada respon. Ada masalah ke dengan apa yang Nurul Ayesha katakan tadi ?
"Kenapa mummy ? " tanya Nurul Ayesha. Datin Atiqah lalu mengukir senyuman.
"Mummy dan daddy dah rancang akan pergi ke sana bulan Ramadhan nanti." kata Datin Atiqah membuatkan Nurul Ayesha gembira. Begitu juga dengan dua orang abangnya.
"Baguslah kalau macam tu,mummy." ujar Nizaluqman
"Kita memang akan pergi ke Sarawak 2 kali setahun. Takkan tak nak jumpa atok dan nenek,kan?" giliran Tan Sri Muzzafar pula bercakap.
"Oh!ya, tak lama lagi, Kak Amirah akan pulang bersama dengan abang Zakar dan Zaid." kata-kata Nizalrizman mengejutkan keluarganya. Semua dahi berkerut.
"Siapa pula Zaid ni ?" tanya Tan Sri Muzzafar. Tak mungkin Nurul Amirah kahwin lagi. Kahwin lagi tak beritahu pun. Apa nak jadi dengan mereka ni. Yang lain pulak sedang menunggu jawapan dari Nizalrizman. Mereka tidak sabar ingin mengetahui siapa Zaid ni.
"Aaa.. Adalah, tunggulah Kak Amirah datang ke Putrajaya. Tak tahu bila dia datang." Mereka semua mengeluh, ingat Nizalrizman akan memberitahu mereka, malah disorokan lagi manusia bernama Zaid ni.
"Kak Amirah kamu tu semuanya nak suspen." keluh Datin Atiqah. " Biarlah, dia nak buat suspen,mana boleh beritahu." kata Tan Sri kepada isterinya. "Lagipun, Kak Amirah tu pun anak mummy dan daddy, takkan tak tahu perangai anak sendiri." ujar Nurul Ayesha. Mereka semua terus ketawa. Betapa bahagianya keluarga mereka itu.
0 comments:
Post a Comment