Friday, 8 June 2012

0 Part 4

Part 4 - NURUL AYESHA melangkahkan kakinya untuk masuk ke dalam bilik tidur. Dia merebahkan badannya pada katil yang empuk itu. Memang selesa bila menggunakan katil begitu. Tiba-tiba deringan lagu keluar dari telefon bimbitnya. Lantas diambil telefon yang berada disebelahnya. Dilihat pada skrin,nombor yang tidak dikenalinya.
Dia terus menekan punat hijau untuk menjawab.

"Hello,adakah ini Cik Nurul Ayesha Aziza binti Tan Sri Muzzafar Qhalid Azzam ?" tanya seorang lelaki yang bersuara sedikit garau itu.
"Ya"
"Baguslah ! Saya Encik Harith dari CEO Zarchture Sdn. Bhd." Nurul Ayesha berasa lega bila nama Encik Harith  yang bercakap.
"Ya, ada apa Encik Harith telefon saya malam ni ?" tanya Nurul Ayesha ingin mengetahui kenapa Encik Harith menelefonnya.
"Oh, sebenarnya kamu telah diterima bekerja di syarikat CEO Zarchture.Saya nak ucapkan tahniah kepada awak." ucap Encik Harith membuatkan Nurul Ayesha terkejut. ' Aku diterima ? Macam sukar untuk dipercayai' kata Nurul Ayesha sendiri. Nurul Ayesha mengukir senyuman.
"Betulkah ini,Encik ? Bila saya boleh mula bekerja ?" tanya Nurul Ayesha dengan teruja sekali. Dia sangat gembira sebab diterima bekerja disana. Ini semua bagaikan mimpi buat Nurul Ayesha.
"Ya. Cik Nurul boleh mula bekerja besok pagi. Pastikan Cik Nurul tak sampai lewat." Nurul Ayesha hanya mengangguk lalu menutup telefon bimbitnya. Dia menjerit gembira.Dia terlupa hari sudah malam. Jeritan dia dapat didengar sampai ruang tamu di bawah.

' Ahhh ! Ini semua seperti mimpi. Saya layak ! Yeay !! ' Jerit Nurul Ayesha didalam hatinya. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Tan Sri Muzzafar dan Datin Atiqah masuk ke dalam biliknya, begitu juga dengan abang-abangnya.

"Kenapa ni Asha ? Siap menjerit lagi tu ? " kata Tan Sri Muzzafar bila melihat anaknya menjerit waktu malam macam ni. Tak pasal-pasal jiran sebelah dengar,apa pulak kata merea tentang anak daranya ? Hishh..

"Mummy !! Daddy !! They accepted me to work at Syarikat Zarchture Sdn. Bhd.!! " bagitahu Nurul Ayesha dengan penuh perasaan gembira. Ibu dan ayahnya datang lalu memeluknya. Dia berasa sangat gembira. Begitu juga dengan abang-abangnya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Nurul Ayesha membuatkan dia mempunyai semangat untuk bekerja.


"Along ! Nak pergi mana malam-malam macam ni ?" tanya ibunya, Datin Jamilah. Afzal menggunakan T-shirt biasa sahaja.

"Along nak keluar kejap jer, ma. Nanti along balik."

Afzal terus meluru ke arah keretanya lalu dihidupkan enjin sebelum dia pergi ke destinasi yang ingin ditujuinya.

Afzal memandu keretanya menuju ke taman. Walaupun hari kian jauh malam, dia tetap pergi ke sana. Di situlah tempat dia melepaskan segala masalah dan mengingat kembali saat dia bersama dengan orang yang dia sayangi.

Setelah sampai di taman, dia berjalan di atas batu yang unik itu. Dia menuju ke tempat yang sering ditujuinya ketika masih bersama dengan orang yang dia sayangi. Jika dia masih hidup sekarang, mungkin hari ini sudah masuk 8 tahun bersama.  Malang menimpa dia pergi dahulu daripada Afzal. sekarang sudah 5 tahun hal itu berlalu. Segalanya mula menerjah ke dalam fikirannya.



" ABANG , kalau kita kahwin nanti  , adakah abang akan sayang Ika untuk selama-lamanya ?" tanya Syafika atau Ika kepada Afzal. Dia beria-ria ingin mengetahui jawapan dari mulut Afzal.


"Ika... macamlah Ika ni tak kenal abang. Dah tiga tahun kita bersama. Abang janji, abang akan jaga Ika sampai lah ajal tiba. Abang tetap berada di sini Ika. " jawab Afzal dengan penuh yakin. Ika tersenyum mendengarnya.


"Walaupun Ika akan pergi dari abang ?" soalan itu membuatkan Afzal tersentak. " Abang tetap akan berada di sisi Ika. Ika tetap akan sembuh suatu hari nanti." Air mata Afzal mula membasahi pipinya. Dia tidak sanggup melihat Ika menderita penyakit barah hati. 


Afzal belum sanggup meninggalkan Ika. Dia belum bersedia untuk menghadapi semua ini.


"Abang...." Ika memanggilnya dengan nada lemah. Afzal mula berasa resah tak menentu. Dia takut akan apa yang dimimpinya akan betul-betul terjadi.


"Ika.."
"Abang , Ika akan sayang abang. "
"Abang sayang Ika juga. Sayang sangat-sangat."
"Kalau Ika pergi suatu hari nanti, abang pergilah cari perempuan sebagai penganti Ika,ya abang ?" Afzal menangis sepuas-puasnya. Dia tidak sanggup kehilangan Ika.  
"Tak.. abang tak nak. Abang hanya nak Ika seorang sahaja dalam hati abang." luah Afzal.
"Abang.. maafkan Ika jika Ika ada buat salah pada abang selama ni. Ika cinta abang. Ika sayang sangat pada abang." luah Ika sambil air matanya membasahi pipi dan bahu Afzal. 


Afzal memegang tangan Ika erat-erat seakan tidak mahu melepaskannya pergi.  " Ika.. Ika janganlah cakap macam tu pada abang. Abang pun nak minta maaf. Abang selalu mengabaikan Ika selama ini. Maafkan abang,Ika." ucap Afzal. Afzal dapat merasakan sesuatu yang bakal berlaku pada dia malam ni.


"Abang.. Ika nak berehat..." kata Ika dengan nada lemah. " Ika rehatlah... biar abang menjaga Ika malam ni." Afzal hanya mampu pasrah jika itulah takdir untuknya. Kelu lidahnya untuk berkata. 


Dan pada malam itu jugalah, semua yang ditakuti oleh Afzal memang berlaku pada malam itu juga. Afzal hanya mampu menangis sepuas hatinya. Dia telah hilang orang yang dia sayangi untuk selamanya.


TANPA Afzal sedari, air matanya jatuh berjuraian. Segera dia mengendas air matanya. Dia takkan lupakan peristiwa itu. Kini, ahli keluarga Ika telah berpindah ke Australia. Afzal melayan perasaannya tanpa menghiraukan orang lain.

" Assalamualaikum " salam seorang wanita yang berdiri di tepinya. Afzal terkejut dari melayan perasaannya.
" Waalaikumsalam. Duduklah dulu. " pelawa Afzal kepada wanita tersebut. Lalu Nurul Ayesha terus duduk di sebelah Afzal.
" Apa yang Encik Afzal buat dekat sini seorang diri, malam lagi ini ? " Tanya Nurul Ayesha tanpa rasa segan
walau jauh di lubuk hatinya berdegup dengan kencang. Apakah perasaan itu ?
" Aaa... saya hanya ambil angin aje. Angin malam ni bagus sekali. Cik Nurul pulak buat apa dekat sini ? " soalan yang sama dilemparkan kepada Nurul Ayesha.
" Saya.... " belum sempat Nurul Ayesha menghabiskan ayatnya, telefon bimbitnya,HTC One X berbunyi didalam beg tangannya. Lantas dilihat pada skrin,jelas nombor milik Nizalrizman. Hatinya mula resah.
Dia menjawab panggilan tersebut. Setelah apa yang diberitahu oleh Nizalrizman, Nurul Ayesha berasa berpinar-pinar. Entah apa yang terjadi lepas itu.

0 comments:

Post a Comment