Mohd. Afzal Ashraf melangkah masuk ke syarikat milik neneknya dulu, yang kini dia memegang jawatan sebagai pengurus besar disyarikat pengiklanan disini. Syarikat yang bernama Zarchture Sdn. Bhd. ini sungguh terkenal di seluruh dunia, ramai yang cuba meminta pekerjaan disini tetapi tak ada satu pun yang berkebolehan.
Dan kini, Afzal tengah memberi peluang kepada orang luar untuk datang ke sesi temuduga untuk memohon menjadi pekerja di syarikat ini. Tetapi hanya dua orang sahaja yang layak untuk bekerja di syarikat ini. 'Aku tak boleh pilih sesuka hati sekarang ini, pekerja baru akan memberi peranan kepada syarikat ini, jika mereka tidak berkebolehan,maka jatuhlah nama syarikat aku yang kian terkenal sekarang ni.'kata Afzal didalam hatinya sendiri.
Dia tak nak mendengar leteran nenek apabila pekerja-pekerja baru tidak mampu melakukan apa yang disuruh. Kali ini dia akan lebih berhati-hati demi syarikat yang telah diusahakan oleh arwah suami nenek dahulu.
Afzal Ashraf mendapati pekerja-pekerja yang memohon disini semuanya tidak layak. Dan ada pulak yang sanggup menipu dalam bab-bab seperti pekerjaan dan status diri. Dan juga inilah dua pekerja yang terakhir bakal dia temui. Afzal harap dua orang ni layak untuk bekerja disini.
"Baiklah. Kita akan mulakan. Encik Harith boleh mulakan sekarang."kata Afzal kepada Encik Harith Hakim.
"Baiklah. Kita mulakan dengan Cik Nurul Ayesha Aziza."kata Encik Harith untuk memulakan sesi yang sangat penting ini.' Nurul Ayesha Aziza... cantik nama' puji Afzal dalam hatinya. Nurul hanya menjawab Ya bila namanya disebut.
"Cik Nurul Ayesha Aziza binti Tan Sri Muzzafar Qhalid Azzam..."kata-kata Harith terhenti disitu, dia amat terkejut. Begitu juga dengan Afzal sendiri dan juga beberapa kakitangan yang terlibat turut hadir bersama.
"Cik Nurul .. anak kepada Tan Sri Muzzafar Qhaliz Azzam ? Bukankah Tan Sri tu pemilik syarikat pengiklanan dari agency Damai Centra Sdn. Bhd. ?" tanya Afzal bertubi-tubi kepada Nurul. Gadis yang berada di hadapannya,hanya jarak yang memisahkan mereka.
Afzal masih tak percaya dengan semua ini. Macam mana anak Tan Sri dari Damai Centra boleh memhohon kerja disini ? Sukar untuk dipercayai. Tan Sri juga yang telah banyak membantunya dalam bab-bab pengiklanan sehingga dia berjaya sebengini.
Dan tidak sangka yang selama ini Tan Sri menyorokkan anak perempuannya itu, Afzal ingat Tan Sri tak ada
anak perempuan. Dekat manalah agaknya Tan Sri Muzzafar menyorokkan gadis molek yang cantik seperti dia ni ?
Belum sempat Nurul menjawab semua soalan itu terlebih dahulu Afzal mencelah. " Tak apa, kita teruskan aje. "
Maka Harith pun meneruskan sampai habis tentang Nurul Ayesha Aziza. Kini tiba giliran orang yang duduk di sebelah Nurul lagi.
"Seterusnya Muhd. Ariff Afrizal binti Muhd. Faruq Afrizal. " Harith terus membaca tentang Ariff sehinggalah selesai tentang dirinya.
"Sekarang ni, saya nak tanya kamu berdua beberapa soalan .. soalan ini boleh dianggap sebagai kelulusan kamu berdua untuk memasuki syarikat ini.Saya akan menanyakan soalah kepada Cik Nurul manakala Encik Ariff akan dipegang oleh Encik Harith.
Dan saya yang akan menentukan pemilihan ini berdasarkan jawapan yang diberi, calon yang terpilih yang dua orang sahaja. Sudah bersedia untuk menjawab soalan saya ?"tanya Afzal setelah habis memberi keterangan kepada dua pihak supaya mereka bersedia dengan soalan yang bakal diajukan kepada mereka berdua.
"Adakah Cik Nurul sudah bersedia ?"Afzal memulakan dahulu perbualannya dengan bertanya kepada Nurul jika dia sudah bersedia untuk memberi jawapan yang bernas dan diterima akal.
"Ya, saya dah bersedia,Encik."jawabnya dengan penuh yakin. Afzal tersenyum kecil.
"Baiklah. Saya akan mulakan. Apakah yang akan dilakukan oleh Cik Nurul untuk memberi sumbangan pada sesebuah syarikat terutamanya syarikat yang dah cukup terkenal di dunia ?" soalan pertama yang diajukan kepada Cik Nurul.
"Saya akan berkorban apa sahaja untuk syarikat asalkan ianya dapat membantu syarikat untuk mempertingkatkan nama syarikat. Kemajuan syarikat akan memberi impak kepada semua pekerja untuk terus bersemangat." jawab Nurul Ayesha Aziza dengan tekun dan penuh yakin. Afzal terkedu mendengar jawapan itu.
Jawapan begitulah yang dia ingin dengar. Tak seperti yang lain , semua jawapan macam dah basi bagi Afzal.'Saya akan melakukan yang terbaik.' jawapan yang tidak diingin oleh dirinya sendiri termasuk kakitangan yang terlibat.
Afzal terus mengajukan soalan seterusnya kepada Nurul Ayesha Aziza sehingga selesai. Begitu juga dengan pekerja yang bernama Muhd. Ariff Afrizal.
0 comments:
Post a Comment