Part 5 - NURUL AYESHA dan Mohd Afzal segera menuju ke bilik Tan Sri Muzzafar. Nurul Ayesha bila diberitahu oleh abangnya,Nizlarizman bahawa daddynya kemalangan jalan raya. Entah bagaimana keadaan ayahnya sekarang. Tiba sahaja di bilik daddynya, Nurul Ayesha terus masuk dan berlari ke arah pesakit yang sedang terlantar di atas katil.
Dia mula menangis. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. " Maafkan Asha,pa.. Ini semua salah Asha. Kalau Asha tak biarkan daddy pergi seorang diri, ini semua takkan berlaku." kata Nurul Ayesha sambil teresak-esak. Afzal terkedu melihat kelakuan Nurul Ayesha, wajah Ika mula menerjah fikirannya. Segera Afzal melarikan wajah itu.
" Asha... dahlah tu. Jangan salahkan diri, ini semua takdir Allah yang tentukan. Sudah , jangan nangis lagi. Malulah anak manja menangis nanti. " Usik abangnya. Ada secubis senyuman yang terukir dibibirnya. Begitu juga Afzal.
"Lagipun keadaan papa dah stabil dan makin baik. Jangan risau sangat. Asha pulanglah dulu, biar abang dan along yang tolong jagakan papa. Besok Asha dah mula kerja, kan ?" kata Nizalrizman lalu berpaling ke arah Mohd Afzal. " Mohd Afzal Asraf , kan ? " tanya dia membuatkan Afzal tersentak dari lamunan. " Oh... Ya saya." jawab Afzal sedikit gagap.
"Saya serahkan adik saya pada awak. Bawalah dia pulang. Saya percaya awak boleh jaga dia." kata Nizalrizman kepada Mohd Afzal. Afzal hanya mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Nizalrizman.
Nurul Ayesha terus mengikut langkah Mohd Afzal dari belakang sehingga ke tempat letak kenderaan. Nurul Ayesha duduk di sebelah Afzal. Sepanjang perjalanan , mereka hanya berdiam diri. Biarkan malaikat berjaga disitu.
"Cik Nurul Ayesha, siapa pegang syarikat ayah awak sekarang ?" tanya Afzal yang mula diselubungi rasa bosan. Dia cuba untuk mengajak Nurul Ayesha bercakap dengannya.
"Aaaa... Abang Nizaluqman. Kenapa tanya ?" giliran Nurul Ayesha bertanyakan soalan kepadanya. Dia ingin membongkar apa yang berada difikiran majikannya.
"Kita terpilih untuk menyertai pembentangan dari Riana Cosmetic. Kita akan berlawan dengan Damai Centra." terkejut Nurul Ayesha mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Afzal. Maknanya dia akan berlawan dengan syarikat abangnya.
" Dan saya telah memutuskan yang awak akan membuat pembentangan di hadapan." beritahunya lagi. Nurul Ayesha terkejut. Perlukah dia yang newbie untuk membuat pembentangan ? Sedangkan dia belum pernah membuat pembemtangan sebelum ini, walaupun dulu dia bekerja di syarikat abangnya.
" Encik Afzal , kenapa perlu saya yang membuat pembentangan ? Sedangkan saya masih newbie. Tak boleh ke pilih orang lain ?" Nurul Ayesha ingin membantah dengan pemilihan Afzal itu. Baginya, teramatlah salah bila menyuruh newbie untuk pembentangan, apatah lagi dia bukannya tahu cara nak membentang. Tak silap haribulan, bankruplah syarikat yang kian terkenal itu disebabkan oleh dia.
"Errmm.. tak apa, kita akan bincang kat pejabat besok, lagipun kita dah sampai kat rumah awak ni. " Afzal menukar topik kerana malas hendak melayan soalan sebegitu rupa. Dia baru tahu bahawa Nurul Ayesha ni bukanlah calang-calang orang rupanya.
Nurul Ayesha mula melangkah pergi meninggalkannya. " Cik Nurul Ayesha ! " panggil Afzal dengan nada sedikit tinggi, takut menganggu orang yang sedang dibuai mimpi indah. Nurul Ayesha berpaling ke arah Afzal. " Jangan datang lewat besok. Assalamualaikum. " kata Afzal memberi salam kepada Nurul Ayesha sebelum dia pergi. Nurul Ayesha membalas salam Afzal lalu masuk ke dalam rumahnya.
Rumah itu bising dengan bunyi tv dekat ruang tamu. ' Ada orang ke ? ' tanya Nurul Ayesha. Dia mula takut. Siapa pulak yang berada kat rumah dia sedangkan mummy dan abang-abangnya berada di hospital masa ni.
" Apa yang Asha nak sorok diri tu ? " sergah suara dari belakangnya. Nurul Ayesha melatah, terkejut dia dibuatnya. " Apalah Kak Amirah ni, hampir gugur jantung ni tau ? Nasib baiklah Asha belum ngandung, tak pasal-pasal gugur kandungan nanti. Isshh ! Kakak ni.
Kak Amirah bila sampai ? Dengan siapa ? " tanya Nurul Ayesha sambil membawa semug kopi menuju ke arah sofa di ruang tamu diikuti Nurul Amirah dari belakang.
" Kak pulang dengan keluarga akaklah. " jawab Nurul Amirah. Nurul Ayesha hanya mengangguk. Nurul Ayesha mula teringatkan sesuatu.. Zaid ! Ya Zaid. " Akak, siapa Zaid ? " soalan itu meluncur dari mulutnya.
"Laa... Abang Rizman tak beritahu ke ? " Nurul Ayesha hanya mengeleng. " Zaid itulah anak buah awak. " Nurul Ayesha tersentak. 'Anak buah aku ? ' Dia berfikir semula, dia tak pernah ada anak buah sebelum ni.
" Haih.... Zaid tu anak kakak, baru 5 bulan. " beritahu Nurul Amirah. Lega Nurul Ayesha mendengarnya walaupun dia belum tengok wajah comel Zaid.
" Asha dah lawat papa ? "
" Dah ... abang Rizman kata daddy baik-baik, tak parah. " Nurul Amirah hanya mengangguk mendengar kata adiknya. " Siapa hantar Asha pulang ? " Nurul Ayesha tidak menjawab. Dibiarkan soalan itu tiada jawapan.
" Tak apalah, akak pergi tidur dulu. Jangan tidur lambat tau ! " nasihat Nurul Amirah kepadanya.
Nurul Ayesha juga turut pergi ke bilik sendiri lalu membaringkan diri.
"ALONG ! Kenapa baru balik ni ? Kemana along pergi sampai sekarang baru nak balik ? " pertanyaan Datin Jamilah tidak dijawabnya. Dia duduk di sofa lalu menyandarkan dirinya. " Along , jawab pertanyaan mama, jangan anggap mama macam tak wujud. "
" Along temankan pekerja along pergi hospital, Tan Sri Muzzafar masuk hospital sebab kemalangan. " Afzal menjawab persoalan mamanya. Dia terkenang akan sikap Nurul Ayesha sebentar tadi. Manja sungguh budak itu.
"Apa ?! Tan Sri Muzzafar ? " Afzal terkejut mendengar suara papanya dari belakang. Dato' Hisham memang suka muncul dari belakang kalau tidak dari depan. Afzal hanya mengangguk. Dato'Hisham turut serta duduk di sebelah Datin Jamilah.
" Apa yang dah berlaku ? Siapa anak Tan Sri ? " soal Dato' Hisham. Dia begitu ingin tahu apa yang telah berlaku. Termasuk anak Tan Sri Muzzafar. Apa kaitan papanya dengan ayah Nurul Ayesha ? Lainlah kalau diri dia sendiri memandangkan dia pernah menjadi anak murid Tan Sri Muzzafar dahulu.
" Kemalangan jalan raya,pa. Anak dia hanya seorang sahaja yang Afzal tahu, itupun perempuan sebab kerja kat syarikat kita,pa. " jawabnya dengan tenang walaupun seribu soalan yang sedang bersarang dalam kepala otak dia. Dato' Hisham dan isterinya hanya mengangguk. Afzal meminta diri untuk pergi tidur. Terasa penat seharian, apatah lagi hari dah begitu jauh malam, dah kira pagi.
" Kenapa jam ni pusing dengan laju ? Haih .. doraemon... ermm. " getus Afzal sambil tersebut nama doraemon. Entah apa mimpi dia menyebut nama doraemon.
0 comments:
Post a Comment