Wednesday, 6 June 2012

0 Part 1

Part 1 - JARUM JAM sudah menunjukkan 10.35 pagi tetapi Mohd Afzal Ashraf masih belum bangun dari tidur. Semalam dia balik lambat sebab berada di kelab malam. Dia akan pergi ke stu jika ada masalah.

"Along ! Bangunlah,along ! Tengok jam ni, sudah pagi bukannya malam." Datin Jamilah membangunkan anaknya itu. Tabiat anaknya itu masih melekat pada diri dia. Bilalah dia nak berubah.

"Kejaplah,ma..."sahut Afzal dengan lemah. Dia masih meneruskan tidurnya. "Bangun,kamu dah lambat nak pergi ke pejabat, bukankah hari ini ada temuduga nanti ? Afzal lupa ?" kata-kata ibunya membuatkan Afzal terkejut lalu membangunkan diri. Dia hampir lupa temuduga itu.

"Along.. buanglah tabiat kamu itu, macam mana kamu nak beristeri jika selalu pulang lewat. Ingatlah nak, along dah dewasa janganlah berperangai kebudakan lagi." bebel ibunya. Tak sah jika ibunya tak membebel satu hari. 

"Yelah,ma.. along usahakan. Lagipun mama selalu beri perhatian pada bakal menantu mama itu."bahas Afzal pada ibunya. Dia memang tak suka dengan perangai Nurul Zhaafirah. Peristiwa hitam itu mula menerjah fikirannya.


*******

KETIKA Afzal sedang memandu pulang ke rumah, telefon bimbitnya berdering. Dilihatnya paparan skrin, tetera nama Harith,pekerjanya sendiri. Afzal menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum,Afzal" salam Harith terlebih dahulu memulakan perbicaraan.
"Waalaikumsalam,Harith. Ada apa call ni ?"Afzal tertanya-tanya kenapa pekerjanya menelefonnya pada waktu begini. Ada masalahkan ?
"Aku call ni nak beritahu awak, saya nampak Nurul Zhaafirah  dengan seorang lelaki masuk ke dalam hotel bersama-sama." Afzal memberhentikan brek keretanya dengan pantas. Mujur tiada kereta di belakangnya.
"Apa yang awak cakap ni Harith ?" tanya Afzal dengan nada yang membara. Dia tak sangka Nurul Zhaafirah berperangai begitu.
"Betul. Aku tak tipu kau,Zal. Aku nampak dengan kepala mata aku sendiri dia bersama lelaki lain.Engkau tak percaya kau datanglah sendiri." tanpa melengahkan masa Afzal terus pergi hotel yang disebutkan oleh Harith. 

Di dalam dadanya sedang membara untuk dikeluarkan larva-larva api kemarahannya. Dia memecut jalan raya dengan laju, dia tidak akan membiarkan Nurul Zhaafirah terlepas. Di depan nampak macam perempuan baik-baik sedangkan di belakang macam ikan busuk.

Setelah tiba di hotel berkenaan, dia meluru masuk dan menuju ke arah kaunter. Dia bertanyakan bilik dimana Nurul Zhaafirah berada tetapi tak dibenarkan. Nampaknya dia terpaksa menyuruh Nurul Zhaafirah keluar sendiri.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya dia keluar.

"Abang...apa yang abang...." kata-katanya telah dipotong pantas oleh Afzal.

"Sepatutnya I yang tanya kat you soalah macam tu. Apa yang you buat kat sini ?" tanya Afzal dengan nada dikawal supaya tidak menganggu orang di sekeliling. Riak wajah Nurul Zhafirah kelihatan takut.

"Firah, what are you doing there ?" tanya seorang lelaki entah dari mana membuatkan Afzal tidak dapat mengawal dirinya lagi. Lalu Afzal melemparkan jari limanya hinggap di muka Nurul Zhaafirah. 
Kelakuan itu disedari orang ramai. Afzal tidak peduli,bukan dia yang menangung malu, tapi Nurul Zhaafirah!

"Wei, brother.. Jangan kasar sangat dengan dia, dia ni perempuan."kata-kata dari lelaki itu membuatkan Afzal melamgkan sebuah penumbuk hinggap di pipinya. Afzal berasa puas dapat mengenakan kedua-duanya sekali. Dilepaskan juga larva-larva api kemarahannya itu. 

"Itu semua sebagai ganjaran kerana melakukan maksiat !" Akhirnya dilepaskan juga kata-kata itu setelah diperuk sebagai pekasam sewaktu dalam perjalanan ke hotel. Afzal terus berlalu pergi meninggalkan Nurul Zhaafirah bersama lelaki yang belum diketahui asal-usulnya.

                                                                           ******* 

"Along.. dengar tak ni ? Kenapa jauh benar lamunnya ?" Afzal terkejut. Afzal hanya tersenyum kearah ibunya. " Dahlah, pergi mandi sekarang." kata Datin Jamilah sebelum keluar dari biliknya. Afzal menuruti kata ibunya lalu mengapai kain yang tersidai di bangku lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai mandi dan melengkapkan badan dengan pakaian untuk dia ke pejabat, Afzal menuruni anak tangga lalu menuju ke dapur. Dia terkejut melihat seorang wanita yang sedang menyediakan sarapan pagi bersama Datin Jamilah. ' Apa yang dia buat kat sini ? ' tanya Afzal sendiri. 

"Apa yang you buat kat sini ?" tanya Afzal sebaik sahaja menghampiri mereka. Nurul Zhaafirah terkejut, begitu juga dengan ibunya.

" Abang... " 

" Aku bukan abang kau, kahwin pun belum so jangan panggil aku macam itu. "pintas Afzal memberitahunya. Dia jijik bila dipanggil oleh Nurul Zhaafirah dengan panggilan ' abang '. Afzal hanya mencicip sedikit kopi lalu  mengambil roti yang berada di pinggan. Dia terus pergi meninggalkan dapur dan munuju ke arah keretanya.

Dia tak sanggup nak berdiri lama-lama di situ, apatah lagi ada Nurul Zhaafirah. Hatinya mula keras untuk menerima mana-mana perempuan, mahupun digoda sekalipun jika hatinya belum cair. Tanpa membuang masa Afzal terus menghidupkan enjin keretanya, Mazda 323f. 

Dia langsung tak sempat bertanyakan tentang ayahnya disebabkan adanya Nurul Zhaafirah dirumahnya. Dia tahu, sekali wanita itu melakukan hal itu, dia takkan pernah berhenti dari melakukannya lagi. Dia muak dengan Nurul Zhaafirah. Dia tekad untuk tidak lebih bergaul dengan mana-mana perempuan. Afzal menepikan segala hal, dia terus memandu kereta menuju ke pejabat. 

0 comments:

Post a Comment