Apalah yang nak dikasihankan villa ni. Fikir Nurul Ayesha. Terpancar wajah kegembiraan di antara mereka yang setia menanti dirinya.
Lebih-lebih lagi bila Tan Sri Muzzafar sudah pun pulang ke pangkuan mereka semua. Bertambah gembira Nurul Ayesha melihat keluarganya bersatu kembali seperti sediakala. Dia bersyukur pada ALLAH kerana memberi kebahagian kepada keluarganya lebih-lebih lagi dia sudah dapat bekerja di syarikat terkenal.
Tan Sri Muzzafar memandang anak gadisnya dari atas hinggalah hujung kaki. Sungguh cantik bila anak gadisnya menggenakan baju kurung jingga bercorak bungga yang dihadiahkan kepada Nurul Ayesha. Wajah cantiknya tak ubah mengikut muka ibunya. Semua mata melekat pada diri Nurul Ayesha.
Nurul Ayesha terasa tidak selesa bila diperhatikan oleh keluarganya." Kenapa semua mata melekat pada Asha ? Ada sesuatu yang tak kena pada Asha ke ? " tanya Nurul Ayesha kebingungan. Terasa rimas juga bila diperlakukan begitu. Ada saja yang tak kena di mata.
"Anak papa ni cantik sangat. Akhirnya Asha guna juga baju yang papa beri setelah lama disimpan menjadi bungkus belacan. " sempat lagi Tan Sri Muzzafar memuji lalu membuat lawak. Semua yang berada di situ termasuklah keluarga Kak Amirah. Nurul Ayesha tergelak kecil diikuti abang,kakak dan ibunya. Segera Nurul Ayesha mengambil Zaid dari pangkuan abang iparnya,Muhd Zakaria.
Anak kecil itu sunggu comel. Muka yang bulat tak ubah seperti muka ayahnya. " Haaa .. ada-ada sajalah papa ni. " katanya sambil digomol sepuas-puas hatinya Zaid. Sekali-sekala matanya memandang pada jam tangannya. Takut terlepas. Dari tempat duduknya, Nurul Ayesha dapat mendengar butir percakapan abang-abangnya. Nurul Ayesha menepikan semua itu.
" Dahlah pa,ma . Asha nak pergi pejabat sekarang ni. Takut terlambat nanti sebab ada meeting." terang Nurul Ayesha kepada kedua orang tuanya. Dia bersalaman dengan ahli keluarganya. Tak lepas juga dari mengerjakan si kecil Zaid ni. Ada masa Zaid merengek sebab diperlakukan seperti itu.
Nurul Ayesha meluru ke arah keretanya. Dia menghidupkan enjin lalu menekan gear kereta menuju ke tempat yang sepatutnya. Sepanjang perjalanan, Nurul Ayesha hanya mendengar lagu yang sedang bermain di radio. Bila dia mendengar lagu I Miss You oleh Irwansyah dan Zaskia Sungkar. Itulah lagu kegemaran dia dengan seseorang yang pernah dia sayangi selama ni.
Bila Nurul Ayesha cuba mengamati semula kisah lalunya, telefon bimbitnya berdering terlebih dahulu. Dilihat pada paparan skrin telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut. Suara tersebut memberi salam lalu dibalas oleh Nurul Ayesha.
"Akak ! Lama dah tak jumpa akak. Akak apa khabar sekarang ni ? " tanya Nurul Ayesha dengan girang. Gembira bila dapat mendengar suara seseorang yang amat dia rindui.
" Akak baik saja. Asha dan keluarga apa khabar ? Akak dengar Asha dah dapat kerja ya ? "
" Alhamdullilah, kak kami sekeluarga sihat sahaja. Ya, Asha dah diterima bekerja. Bagaimana kakak tahu berita ni ? Ni mesti abang Luqman yang beritahu. " tanya Nurul Ayesha dengan seribu kerutan didahinya sambil meneka siapa yang memberitahu tentang pekerjaannya.
" Alaaa Asha ni, macamlah tak kenal perangai abang Luqman tu. Sekarang ni akak berada kat London sedang bekerja, jadi tiada kesempatanlah untuk kita berjumpa. " beritahu suara perempuan tersebut dengan nada sedih di hujung,
" Errmmm .. berapa lama akak berada kat London tu ? " tanya Nurul Ayesha dengan muka mencuka bila mendengar kakak sepupunya berada di London.
" Kira 1 tahun lamanya. Asha janganlah risau, kita boleh berhubung melalui internet seperti biasa. Dahlah, akak nak letak telefon dulu ni. Assalamualaikum. "Salam kakak sepupunya sebelum mematikan telefon bimbit.
"Waalaikumsalam" balas Nurul Ayesha dengan tenang. Dia gembira bila dapat berhubung seperti biasa dengan kakak sepupunya. Lega sedikit hatinya.
Kini, dia sudah tiba di perkarangan syarikat yang berdiri megah itu. Berasa berdebar pulak dia nak masuk ke dalam. Baru sahaja dia nak masuk dalam lif,ada satu suara sedang menegurnya dari belakang. Nurul Ayesha terkejut melihat tuan punya badan yang berada di belakangnya. Hampir-hampir melatah Nurul Ayesha dibuatnya.
" Tuan Afzal ... errr , selamat sejahtera tuan. " ucap Nurul Ayesha sambil membongkok sedikit badannya menunjuk hormat kepada Mohd. Afzal yang lebih tinggi pangkatnya. Afzal hanya mengangguk.
" Your face like the lack of sleep alone, why? You fear the day of the presentation? " tanya Mohd Afzal. Nurul Ayesha terkejut dengan soalan yang diajukan kepadanya. Seperti faham-faham apa yang sedang melanda dirinya. Terasa perit tekaknya untuk menelan air liur.
" Why do you not answer my question? Do not consider me as a stump of wood, standing proudly in front of you. You are just an ordinary employee. " kata-kata Afzal tidak langsung mengubah riak wajah pada Nurul Ayesha. Sudah biasa dengan ayat tersebut.
" Yes, I fear the day of presentation. And I do not consider you as a stump of wood, standing proudly in front of me. " kata Nurul Ayesha pula telah merubah riak wajah Afzal. Fikir Nurul Ayesha seperti sedang marah terhadapnya. ' Memang layak aku dihenyak habis-habisan. ' getus hati Nurul Ayesha.
" One thing I forgot. I will test you for three months. During that time, if you work really hard and I see there are many improvements of you, I will make you as my own personal secretary.. " terbeliak biji mata Nurul Ayesha bila mendengar ayat yang dilahirkan dari mulut majikannya.
" What?! I will be your personal secretary when I've passed all the tests that you give to me for three months now? What do you mean exactly? " Nurul Ayesha menarik nafas sedalam-dalam mungkin. " Jangan nak buat lawak antarabangsalah, tuan. " sempat lagi dia meluahkan ayat itu. Afzal tidak mejawab sebaiknya terus masuk ke dalam lif. " Tak nak masuk ke ? "tanya Afzal sebelum pintu lif tertutup.
Tanpa melengahkan masa, kakinya dipaksa juga untuk masuk ke dalam lif bersama dengan Afzal. Afzal hanya tersenyum nipis melihat reaksi Nurul Ayesha. Dibiarkan sahaja Nurul Ayesha dengan kemelutnya sendiri. Puas rasa dapat mengena pekerjanya sendiri.
0 comments:
Post a Comment